Sampul Pos Ekspres Baru - Apa Yang Saya Suka Dan Tidak Suka
Ogos 23, 2017
Bagi yang masih tak tahu, pos Malaysia telah memperkenalkan Sampul Pos Ekspres Baru. Saya pun baru je tahu pasal ni sejak minggu lepas semasa nak beli sampul di pejabat pos Setia Alam. Jadi bukan korang je ketinggalan tak tahu pasal ni, saya pun tak tahu langsung pada asalnya. Ha Ha
Bila tengok sampul baru, ada benda yang menarik dan tak menarik terutama sekali bagi saya yang setiap hari gunakan sampul ini untuk pos gambar polaroid kepada pelanggan. Berikut adalah senarai apa yang saya suka dan tidak suka mengenai sampul baru ini :
Saya Suka
1. Rekaan Antara muka yang baru atau dalam Bahasa inggeris interface design. Kalau dilihat gambar di atas, sampul baru ini bertemakan warna oren yang agak menarik bagi pendapat saya.
Dengan rekaan baru ini, ruang untuk tulis alamat penerima sudah dipindahkan ke bahagian belakang bersama dengan alamat pengirim sekaligus memudahkan urusan tulis alamat pada 1 halaman.
2. Bahan yang digunakan untuk sampul baru ini adalah plastik manakala sampul lama menggunakan bahan seperti kertas kad. Dengan sampul plastik ini, barang yang dimasukkan dalam sampul akan lebih terlindung terutama sekali apabila terkena air.
Kalau barang anda berada di dalam peti surat dan peti surat tu mudah dimasuki air terutama sekali bila tiba musim hujan, sampul baru ini mampu melidungi sedikit sebanyak barang anda. Tapi kalau sampul tenggelam dalam air memang tetap tak dapat diselamatkan, barang anda tetap akan basah.
Saya Tidak Suka
1. Harga naik. Sampul rekaan baru dan bahan plastik, semua tu ada kos dan kos kali ni telah meningkat. Bila saya dapat tahu harga sekeping sampul pos ekspres baru bersaiz xs berharga RM 5.30 termasuk gst, saya agak terkejut. Wahh mahalnya !!
Yer memang agak mahal berbanding harga RM 3.70 sekeping sampul lama. Kenapa saya kata mahal adalah kerana saya ni peniaga atas talian dan yang cakap mahal tu sebenarnya adalah pelanggan saya bila mereka dapat tahu harga sampul naik.
Kalau saya pengguna biasa dan hanya beli sampul ni sebulan atau seminggu sekali untuk pos dokumen, mungkin harga tu masih boleh diterima.
Bila saya berniaga dan kebanyakannya gunakan pos ekspress untuk hantar gambar pelanggan, saya juga terpaksa naikkan harga pos. Kalau sebelum ini dengan sampul lama saya caj hanya RM 4 untuk pos, kali ni saya terpaksa naikkan harga pos kepada RM 6.
2. Susah untuk tulis alamat. Walaupun tadi saya suka ruang alamat hanya di satu bahagian sahaja iaitu bahagian belakang, tapi yang buatkan saya tak suka adalah susah menulis alamat kerana seolah-olah dakwat pen tidak melekat di ruang alamat.
Dakwat pen tidak melekat elok kerana sampul baru dan ruang alamat itu diperbuat daripada plastik. Mungkin ada yang tidak faham apa yang saya cuba katakan tapi kalau anda ada pengalaman menggunakan sampul baru, anda akan tahu apa yang saya cuba jelaskan.
Arahan di bahagian atas sampul ada tertulis * Gunakan pen dakwat kering hitam atau biru sahaja.
Saya dah cuba gunakan pen dakwat kering dan hasilnya tulisan menjadi putus-putus kerana dakwat pen tidak melekat dengan jelas :
Cuba perhatikan tulisan yang putus-putus akibat dakwat susah lekat semasa menulis.
Ini bukan masalah pen kerana apabila saya tulis menggunakan pen dakwat kering yang sama di atas kertas biasa, tiada masalah tulisan putus-putus berlaku.
Kemudian saya cuba tulis menggunakan pen dakwat basah diatas sampul baru ni :
Tulisan menggunakan dakwat basah.
Walaupun tulisan diatas tidak sempurna apabila menggunakan pen dakwat basah tapi tulisan menjadi lebih baik berbanding menggunakan pen dakwat kering. Tiada putus-putus dakwat pen berlaku apabila menggunakan dakwat basah dan lebih senang menulis diatas sampul baru ini.
Masalah utama apabila gunakan pen dakwat basah adalah saya terpaksa tunggu sehingga dakwat betul-betul kering dahulu. Kalau ada dakwat yang masih basah nanti akan kelihatan comot jika tersentuh atau tergores dan untuk tunggu dakwat kering sepenuhnya diatas sampul baru ni mengambil masa agak lama berbanding sampul yang lama.
Jadi ini merupakan sedikit sebanyak kelebihan dan kekurangan yang saya alami pada sampul pos ekspress yang baru.
Saya harap pihak pos Malaysia dapat memperbaiki kualiti tertutama sekali di ruang menulis alamat kerana saya dapati agak sukar untuk menulis menggunakan pen. Kalau sehari saya ada 20 pos, saya terpaksa mengalami kesukaran menulis alamat pada 20 keping sampul.
Buat masa sekarang hanya itu sahaja isu yang saya hadapi. Perkara lain membuatkan saya gembira dan selesa menggunakan sampul baru ini.
40 ulasan
hi nak tanya, pos ekspress baru ada 1 saiz sahaja? kalau saiz yang lebih kecil atau besar berapa ya? :)
BalasPadamHai. Kalau x silap saya ada 3 saiz. kecil, sederhana dan besar. saiz kecil kalau x silap masa tengok hari tu dalam harga 3 atau 4 ringgit lebih. Saiz besar saya tak tahu sebab x pernah beli.
Padamterima kasih.
PadamDetik Polaroid Good review. Bag baru ni nampak PRO compare to kad board lama, yg penting document tak basah macam dulu....
BalasPadamye betul tu yang baru Nampak lebih Pro dari segi design dan juga material.
Padamtracking number kat mana ea?
BalasPadamtracking number ade kat belakang sampul tu.
PadamHai, kalau nk beli sampul kat poslaju outlet ada tak? And kalau nk pos, pos ekpress ni dekat poslaju outlet boleh tak?
BalasPadamsemua pejabat pos ada jual sampul ni dan boleh pos di semua pejabat pos kerana hanya perlu drop saja di kotak pos ekspress.
Padampos ekspres ni boleh pos barang jugak ke
BalasPadamBarang kecil macam dokumen x lebih 250gram boleh. saya pos gambar max 40 keping guna sampul ni.
Padamsampul surat yang baharu nie kalau pos dokumen,dokumen x rosak ke..sebab dulu pakai yang cardboard ,tapi sekarang pakai plastik
BalasPadamRosak maksud awak dokumen jadi ronyok ke ? Kalau rosak macam tu boleh jadi sebab sampul plastik ni lembut je. Saya tak pernah pos dokumen kertas biasa tetapi gambar polaroid pelanggan nasib baik takde yang rosak. Lagipun kertas gambar tebal sikit berbanding dokumen biasa sebab tu tak rosak kot.
PadamMcm mn nk check tracking ye?? Penghantaran mengambil masa brapa lama??
BalasPadamcek tracking melalui web poslaju dot com dot my. Penghantaran biasanya dalam 1 atau 2 hari.
PadamCadangan saya guna marker mata kecil macam pen . Kering pun cepat kak. Saya pun baru tahu tadi, tapi bila saya cek website rasmi Pos Malaysia, kat situ masih gambar sampul pos expres yang lama
BalasPadamsaya tak pernah cuba lagi guna marker mata kecil, nanti saya cuba. terima kasih bg cadangan.
Padambtl..gune permanent marker yg mata halus..sy mmg gune ni utk pos brg ke cust..suke yg plstik ni dr yg smpul lame.
BalasPadamTak pernah terfikir pulak nak guna marker mata halus. selalu duk ingat pen je. terima kasih bagi cadangan ni.
PadamGuna ball pen mata bulat, senang guna dekat plastic
BalasPadamyup sy memang guna pen mata bulat. Ada nampak elok sikit berbanding pen biasa.
Padammemang la ball pen mata bulat pon, awat kat tmpat ang ada ball pen bentuk bujur ke? petak ke? mangkok!! tm kasih.. salam santun dari malaysia...
PadamBerapa hari agak2 barang akan sampai klau guna pos express
PadamBoleh saya print kat sticker lepas tu tampal kat atas?
BalasPadamSaya pernah buat print alamat dan tampal je kat ruang alamat di belakang sampul. Takde masalah setakat ni.
PadamKenapaa tracking x boleh chek ekk
BalasPadamBiasanya cek malam baru ada info. Kalau takde info juga kadang2 pos ni terlepas pandang. Selalu jadi kat pelanggan saya yang takde info tapi barang sebenarnya dah sampai.
PadamSaya setuju apa yang awak katakan. Sampul baru Pos Ekspres ini menggunakan material plastik, bagi saya ia sangat bagus dan menarik, tapi agak sukar untuk menulis alamat di atasnya. Pemilihan ball pen (dakwat kering) yang bagus sangat diperlukan untuk sampul baru ini. Saya menggunakan pen Faber Castel, tiada masalah dakwat tidak sekata.
BalasPadamSaya pun sama gunakan pen faber castel dan memang takde masalah. Ramai cadangkan guna marker mata halus tapu saya masih belum cuba lagi.
Padamsya nak tnya...ambil berapa hari ya pos express smpai ke sabah..dar alor setar??
BalasPadamSalam. Nk tnya, label berkod warna kuning (simpanan pengirim) tu nk lekat kat mana? 😅 Sblm ni ada kertas utk dilekatkan...
BalasPadampos express ni x mcm pos laju kan? just beli sampul pastu trus masukkan dlm box dia je kan, xperlu timbang lg utk bayar pape dah ksn?
BalasPadamyup, tak perlu timang2 lagi, tp pastikan berat item tu tidak melebihi mcm berat badan ko yg mcm badak berendam tu.... upsss sori salah tekan plak!!! hehe, maksud sya tidak melebihi berat yg dibenarkan sesuai dgn sampul yg ko beli tu. klo berat lebih, brg akan return balik kepada pengirim... tm kasih.. salam santun sesantun santunnya dari kedah...
Padammaaf bertanya..sampul pos lame sekrang tiada jual/pakai lagi ea?and sampul baru ni berapa saiz yg paling besar?
BalasPadamLambat sampai...pos dari 16 apr 2020 sampai skrg 24hb apr masih tak sampai2...LG248043725MY tlg ambil tindakan segera..penerima dh tanya..
BalasPadamknp dh smggu brg still blm sampai???????
BalasPadamPos ekspres sangat² lambat. Pos pd hari 20 may, sampai skrg pun belum update. Missing ke apa :(
BalasPadamLambat mcm pos biasa 18/4/21 pos hr ni 21/4/21 pn tk Smpai lg dr Jerteh ke Shah alam..lambaaaattr,serik dh nk guna...dulu hr ni pos esok dh smpai
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian maklumat... Setuju sampul skrng mahal sedikit dari sampul yg lama.. Tp Meterial sampul plastik yang baru ni lebih selamat jika terkena air.. Hmm... Mungkin kita cadangkan pada pihak pos keluarkan kedua2 jenis sampul ni... Kita sebgai pelanggan boleh pilh samaada sampul plastik atau yg jenis kad tu... Hnya pandangan shj... Tq
BalasPadamIce Cream Habanero Hot Sauce - T-Shirts
BalasPadamIce Cream titanium tent stakes Habanero Hot Sauce. titanium iv chloride No reviews needed. Shop how strong is titanium T-Shirts for sizes from 10-12 titanium eyeglass frames in our ice cream store. Rating: 4.6 · titanium hip 1 review