Kisah Pelanggan - Bagaimana Saya Hampir Rugi RM 900

Ogos 03, 2017

Agak memalukan untuk berkongsi cerita ni tapi saya harap sesiapa yang baca pengalaman saya ini dapat ambil pengajaran terutama sekali peniaga online kecilan seperti saya.

Benda ni berlaku pada tahun lepas, tahun 2016. Masa tu saya dapat banyak order, memang sangat banyak sampaikan saya jadi agak kelam kabut untuk siapkan dan pos kesemuanya dengan cepat.

Tengah saya ambil order dan edit gambar, ada satu whatsapp masuk. Dia tanya pasal instax film, nak tahu pasal harga, pasal pos, dan bila boleh pos. Oke saya pun seperti biasa jawab pertanyaan dia dan tanya dia nak beli berapa kotak.


Katanya nak beli dalam 20 kotak... hurm kali pertama dapat pelanggan nak beli sampai 20 kotak dan saya rasa sangat gembira. Tapi lepas saya cek stok, hanya ada 18 kotak je.

Saya beritahu dalam simpanan hanya ada 18 kotak film je. Dia kata 18 kotak pun boleh dan setuju untuk ambil kesemua 18 kotak tu. Hati saya pun terus berbunga-bunga dan bagi harga RM 874 kesemuanya termasuk pos.

Pelanggan itu pun terima je harga yang saya beri tanpa ada sebarang tawar-menawar. Bagus betul pelanggan macam ni kan ?

Beberapa minit kemudian, saya dapat whatsapp dari pelanggan tersebut. Dia beri screenshot resit pembayaran online melalui Maybank. 

Resit tu kelihatan normal seperti yang diberi oleh pelanggan lain tetapi sebenarnya ada sesuatu yang saya terlepas pandang masa tengok resit tu.

Disebabkan saya terlepas pandang, dan masih lagi sibuk kejar siapkan order pelanggan yang lain, saya pun terus bungkuskan 18 kotak filem pada malam tu jugak.

Esoknya rasa bahagia dan gembira nak pergi pos. 

Sebelum nak pergi pos, biasanya saya ada buat semakan kali terakhir pembayaran untuk pastikan semuanya sudah dibayar namun tak pasti kenapa saya boleh terlepas pandang yang tempahan 18 kotak film tu.

Waktu tengah hari semua barang sudah di pos termasuk la 18 kotak instax film tu. Yeyyy !!! lega semuanya dah selesai.

Lebih kurang pukul 2 petang saya dapat whatsapp dari pelanggan tersebut. Dia tanya sama ada saya dah pos ke belum barang dia dan dia nak tracking number.

Masa ni saya dah ada kat rumah sedang online tengok bank. Bila baca whatsapp daripada pelanggan tu baru la saya terasa nak cek bayaran dia RM 874 tu.

Bila cek bayaran masih tak masuk. Tak ada pun jumlah RM 874 tu masuk ke akaun saya. Hairan bin Pelik ni.

Saya pun cek sekali lagi resit yang pelanggan tu hantar dan saya bandingkan dengan beberapa resit daripada pelanggan lain. Selepas lama buat perbandingan baru saya dapat tahu resit tersebut adalah resit online palsu.

Alamak barang dah pos tengah hari tadi ! Macam mana ni ? Rugi la semua 18 kotak film tu.

Saya terus ambil telefon dan hubungi pusat pos laju Shah Alam. Saya cakap akan ada barang dari pos Setia Alam dan track number sekian sekian, minta hantar balik ke alamat pengirim.

Tak aman nak buat kerja sepanjang hari tu duk fikir saya akan kerugian 18 kotak film macam tu je kepada penipu.

Esoknya awal-awal pagi lagi saya dah buka laptop untuk cek tracking number dekat website poslaju, barang saya sekarang ada di Melaka. Terus saya telefon sekali lagi pos laju cawangan Melaka minta barang tersebut jangan hantar kepada penerima tetapi hantar balik ke Setia Alam.

Lusa pagi saya cek barang saya sudah ada di Shah Alam. Lega betul hati dan syukur sangat barang dah ada di Shah Alam. 

Waktu tengah hari abang pos laju datang dan beri balik barang kepada saya sambil tanya kenapa tak jadi hantar ? Saya beritahu pelanggan tipu bayar dan dapat tahu lepas saya pos barang ni.

Dan itu pengalaman saya hampir ditipu pelanggan. Lepas kejadian tu saya akan pastikan semua duit masuk terlebih dahulu sebelum saya edit dan print gambar polaroid pelanggan.

Kalau ada pembaca yang ada pengalaman macam ni, boleh berkongsi ruang komen di bawah. Boleh kita sama-sama belajar untuk elakkan diri dari ditipu.

You Might Also Like

2 ulasan

  1. haha aku pn ade pengalaman sama tp aku check dlu... dia tau aku xantar 3hari kemudian dia buat2 tnya mana brg aku tgk eh dh msk pn duit aku $115 ape ke hell 3hari kemudian baru msk? kiki wired online derr paling lewat interbank hanya 24 jam kalau bkn buat instant transfer pon! biasanya xsampai pn dlm 6jam ker gitu

    BalasPadam
    Balasan
    1. 3 hari tak masuk duit memang menipu la tu. memang kena sentiasa cek dulu duit masuk sebelum proses order untuk bawa keluar.

      Padam