Feedback Pelanggan Yang Ke 38

April 04, 2017

Apabila kita buat bisnes online, perkara paling menyeronokkan adalah sewaktu menerima feedback pelanggan yang berpuas hati dengan produk kita jual.

Saya sangat bersyukur kerana ramai pelanggan yang cuci gambar dengan Detik Instax sangat bermurah hati untuk memberi maklum balas positif terhadap servis yang kami lakukan.

Sepanjang 1 tahun 6 bulan menjalankan bisnes cuci gambar polaroid ni, 99.99% feedback yang diterima adalah ikhlas dari pelanggan tanpa kami meminta maklum balas daripada mereka.

 
Ini kerana sewaktu mula buat bisnes ni dulu, saya pegang prinsip kalau suatu produk tu bagus, secara automatik pelanggan akan memberi maklum balas yang positif. Awalnya susah juga nak dapatkan feedback tanpa bertanya kepada pelanggan tapi lama kelamaan apabila saya publish feedback, makin ramai yang sudi memberi.

Sekarang ni bila saya dapat feedback, saya akan kumpul sampai 4 maklum balas baru la saya gabungkan menjadi 1 bahagian. Rasa seronok dan puas hati bila sekali tengok ada 4 feedback dan saya percaya potential buyer yang tengok segala feedback yang saya publish akan lebih yakin untuk cuci gambar mereka dengan Detik Instax.

You Might Also Like

0 ulasan