Kekalkan Fikiran Positif Dan Semuanya Akan Jadi Menarik

April 14, 2017

Ahad yang lepas memang agak sibuk terutama sekali pada waktu malam apabila kena siapkan order untuk di pos pada esok hari sampaikan ada order pelanggan yang saya terpaksa tunda ke pos hari selasa disebabkan tidak sempat disiapkan.

Jadi pada malam tu saya berjaga sampai jam 2:43 pagi semata-mata nak siapkan order setakat yang saya mampu.


Penat otak ? ... Yepp.. saya tak fikir apa dah masa tu selain nak siapkan dengan cepat.

Mengantuk ? ... saya sendiri tak ingat berapa kali menguap pada malam tu tapi agak pasti memang banyak kali menguap.


Selesai siapkan order, saya terus cari katil dan rebahkan badan. Sebelum saya tutup mata, otak saya masih sempat tanya soalan kepada saya :


Berbaloi ke buat ni sampai 2:40 pagi ?


Kemudian saya bangun balik dari katil dan buka aplikasi kalkulator di laptop. Saya kira berapa untung untuk order pos pada hari esok.

Lepas buat campur, tolak, darab, dan bahagi, serta dengan muka dan mata yang mengantuk ( pandai-pandai la korang imagine ), saya tersenyum bila tengok angka di kalkulator tu. kalkulator menunjukkan saya untung sebanyak rm 80.

Untung RM 80 dengan kerja hanya 4 jam ( saya mula dari 11 malam dan siap 2:40 pagi ). Saya kerja ofis dengan purata gaji dalam RM 100 sehari tapi perlu ingat tempoh waktu kerja adalah 9 jam dari pukul 8 pagi hingga 5 petang.

Dari situ saya sudah ada jawapan kepada soalan otak saya tadi bahawa ianya berbaloi.


Bagaimana dengan kesihatan ? Masih berbaloi ?


Yang ni saya perlu terus terang bahawa ianya tidak berbaloi. Ini bukan kali pertama saya tidur lewat dan saya tahu ia juga bukan kali terakhir.

Tidur lewat adalah sesuatu yang negatif dan saya perlukan sesuatu yang positif untuk jadikan diri saya tidak rasa teruk dengan berjaga sampai lewat malam sambil buat kerja.


saya benci tidur lewat tapi...

saya takde over sangat benci kerana apa yang saya buat menyeronokkan.


Yepp sangat menyeronokkan !! masa saya edit, masa saya print gambar, masa saya potong, dan akhir sekali masa saya masukkan ke dalam sampul pos ekspress, saya seronok dengan semua kerja tersebut.

Saya enjoy setiap proses dan setiap order yang saya siapkan.


Saya enjoy kerana saya tidak terima arahan daripada sesiapa untuk siapkan order dan setiap kali tengok pelbagai jenis gambar yang pelanggan beri, saya jadi gembira seolah-olah saya sendiri berada didalam gambar tersebut.

Bagi saya itu sudah cukup positif dan aura macam itu mengatasi semua perkara tidak kira sama ada untung saya sedikit ataupun saya terpaksa tidur lewat. Asalkan saya gembira dengan kerja ni, saya akan terus lakukan sampai bila-bila.

Sebelum saya berhenti menulis, saya teringin membaca pengalaman anda yang berusaha untuk berfikiran positif sewaktu ditimpa kesusahan.

Mungkin daripada pengalaman yang korang kongsikan dapat saya pelajari sesuatu apabila mengalami kesusahan yang sama pada masa akan datang.

You Might Also Like

4 ulasan

  1. Wah, baru tau ada servis macamni. Goodluck bisnes!

    BalasPadam
    Balasan
    1. baru setahun jagung je servis ni. terima kasih. goodluck bisnes awak juga.

      Padam
  2. bagus tu, kerja sendiri. all the best

    BalasPadam
    Balasan
    1. all the best untuk awak juga dan selamat maju jaya.

      Padam