Cara Buat Kad Bisnes Sendiri

November 17, 2017

Cara Buat Kad Bisnes Sendiri walaupun anda tiada kemahiran menggunakan perisian untuk edit gambar. Berminat nak tahu dengan lebih lanjut ? Jom saya kongsikan caranya di bawah :

Bagi sesetengah orang yang tak berapa nak kisah pasal rekaan kad bisnes, mereka boleh ambil jalan mudah dengan ambil saja rekaan yang dah disediakan oleh orang yang jual kad bisnes. Ataupun lagi senang upah designer untuk reka kad bisnes mengikut citarasa sendiri.

Bagi yang taknak ambil jalan mudah sebab tak cukup bajet nak  upah orang untuk reka kad bisnes tetapi dalam masa yang sama tidak mahu guna design yang terlalu biasa, anda boleh reka mengikut kreativiti anda sendiri di satu laman web ini.

Laman web yang saya maksudkan itu ialah Canva.com. Laman web ini bukan sahaja boleh reka kad bisnes malah banyak lagi boleh dibuat contohnya grafik blog, facebook post, Instagram post, dan banyak lagi sampai tak larat saya nak tulis semua.


Pendaftaran akaun di laman web ini adalah percuma dan anda boleh gunakan akaun facebook ataupun emel untuk daftar.

Saya daftar menggunakan emel dan selepas daftar dan sahkan emel, anda boleh terus guna dan reka apa saja yang anda mahukan mengikut kreativiti sendiri.

Walaupun terdapat beberapa bahagian yang bukan percuma dan perlu bayar apabila hendak dimuat turun selepas anda siap reka kad bisnes, anda masih boleh screenshot dan crop bahagian yang anda mahukan.

Lepas siap reka kad bisnes mengikut citarasa sendiri, anda boleh terus hantar rekaan tersebut kepada penjual kad bisnes supaya mereka dapat print kad bisnes idaman anda. Itu saja caranya, sangat mudah dan tidak mengeluarkan belanja yang besar.

Minggu lepas saya berhempas pulas siapkan bisnes kad untuk Detik Instax. Dah 2 tahun mula bisnes tapi tak pernah ada lagi kad bisnes. Akhirnya selepas beberapa jam ubah sana dan ubah sini maka siap bisnes kad saya.

Disebabkan saya tidak berapa kreatif, maka kad bisnes saya pun tidak nampak terlalu elegan dan professional seperti orang lain tetapi cukup berinformasi untuk menunjukkan saya buat print gambar polaroid.


Macam mana rekaan kad bisnes saya ? Oke tak ? Kalau tak okay dan ada yang kena baiki boleh beritahu saya di ruang komen di bawah ye.

Semoga apa yang saya kongsikan disini dapat memberi manfaat kepada orang yang mencari idea untuk mencipta kad bisnes mereka sendiri.

You Might Also Like

1 ulasan