Feedback Pelanggan Yang Ke 42 - 57 Dan Pakej Kalendar 2018

Oktober 31, 2017

Salam dan Hai. Rasanya dah terlalu lama saya tidak kemaskini mengenai maklum balas terbaru yang diterima daripada pelanggan saya yang baik hati. Kali terakhir saya tulis pasal maklum balas adalah 5 bulan lepas iaitu feedback yang ke 41.

Kali ni jumlah maklum balas yang terkumpul adalah yang ke 57. Sebanyak 16 maklum balas yang telah berjaya dikumpul sejak 5 bulan lepas dan ini semuanya ikhlas daripada pelanggan yang sudi memberi tanpa saya meminta daripada mereka. Terima kasih banyak-banyak saya ucapkan kepada yang sudi memberi maklum balas. Saya sangat hargai semua ini.




Sedikit coretan sempena akhir tahun 2017, dukacita saya nak berkongsi bahawa untuk tahun 2018, tidak akan ada pakej Kalendar 2018. Hal ini kerana saya mempunyai kekangan masa dan idea untuk meneruskan rekaan bagi pakej Kalendar 2018.

Tidak dapat dinafikan bahawa pakej kalendar merupakan salah satu pakej gambar polaroid yang mendapat sambutan yang menggalakkan.

Sejak saya mula keluarkan pakej kalendar pada penghujung tahun 2015, sudah banyak tempahan dan cetakan yang saya lakukan dan kesemua pelanggan gembira dengan pakej tersebut.

Perkara paling menarik mengenai pakej kalendar adalah setiap kali tibanya hujung tahun, akan ada beberapa pelanggan awal yang sudah mula bertanya mengenai tempahan pakej kalendar untuk tahun akan datang walaupun masa tu saya masih lagi belum mempunyai sebarang idea atau rekaan untuk kalendar tahun hadapan.

Namun buat masa sekarang memang keputusan saya untuk tidak ada kalendar 2018. Saya akan lebih tumpukan 5 pakej utama dan rasanya sepanjang tahun hadapan tidak akan ada pakej baru. Kalau tiba-tiba saya dapat idea baru, nanti saya akan senaraikan pakej baru di blog ini.

p/s : Oh ya album penuh maklum balas pelanggan sudah dikemaskini. Kalau ada yang berminat nak tengok dan baca maklum balas pelanggan boleh klik di sebelah : > Album Maklum Balas <

You Might Also Like

0 ulasan