Feedback Pelanggan Yang Ke 41

Mei 17, 2017

Kali ni kita raikan pula Feedback Pelanggan Yang Ke 41. Rasanya baru minggu lepas saya update mengenai bahagian 40. Minggu ni sudah masuk yang ke 41.

Terima kasih banyak-banyak saya ucapkan kepada semua pelanggan yang sudi dan seikhlas hati memberi maklum balas yang sangat berharga ini.

Minggu lepas merupakan minggu yang sangat sibuk kerana saya mendapat banyak tempahan untuk print gambar polaroid daripada pelanggan baru. Pelanggan lama pun ada yang mengulangi order tetapi lebih ramai pelanggan baru pada minggu lepas.


Setiap kali saya mendapat pelanggan baru saya cuba berikan servis yang terbaik agar mereka berpuas hati dan gembira apabila gambar polaroid sampai ke tangan mereka.

Saya juga berharap mereka yang gembira dapat terus ulangi order dengan saya dan seperti biasa saya akan berterusan cuba memberi servis yang terbaik.

Kepada pelanggan lama yang dah ulang order banyak kali, korang memang terbaik. Saya hargai setiap order order anda semua.

You Might Also Like

0 ulasan