Perkembangan Gambar Polaroid Tahun 2019

April 10, 2019


Salam dan Hai. Dah setahun lebih tak menulis di blog dan kali ni saya nak update sedikit mengenai perkembangan servis gambar polaroid yang saya lakukan. Setakat ni servis saya masih lagi berjalan seperti biasa dan sesiapa yang nak buat tempahan, boleh terus whatsapp ke 013-6218074. Jangan telefon atau sms sebab saya tak suka jawab panggilan.

Selain itu, sekarang tidak ada penambahan pakej baru. Semuanya masih sama seperti dulu dengan pakej A sampai pakej E. Rasanya pakej-pakej yang ada ini sudah mencukupi untuk menambat hati pelanggan baru dan juga pelanggan yang sedia ada untuk terus membuat repeat order.

Dari segi harga juga masih sama kerana saya tidak bercadang untuk menaikkan atau menurunkan harga setiap pakej kerana harga yang saya tawarkan ini sudah berbaloi.

Pada tahun ini juga saya bercadang untuk buat lebih banyak promosi. Promosi yang bakal ditawarkan juga sangat menarik kerana pelanggan mendapat lebih banyak nilai dan jumlah gambar polaroid berbanding harga biasa. Jadi pastikan korang tidak terlepas apabila ada promosi kerana sudah ramai yang ambil peluang tempah gambar dengan banyak sewaktu promosi berjalan.

Kepada pelanggan baru dan juga yang baru nak tempah dengan saya tetapi masih kurang pasti kualiti servis yang saya lakukan, anda boleh membaca semua maklum balas yang telah saya kumpulkan di blog ini. Kesemua maklum balas yang saya dapat ikhlas daripada pelanggan saya tanpa saya meminta maklum balas daripada mereka.

Setakat ini sahaja dulu perkembangan yang saya nak kongsikan dengan anda semua. Kalau ada sesuatu yang nak dikongsi nanti saya tulis lagi pada masa akan datang. Jangan lupa snap gambar banyak-banyak dan print dengan saya :D



You Might Also Like

0 ulasan