Lain Dari Yang Lain

Mac 23, 2017

Salam. Minggu ni tempahan order agak berkurang sedikit. Biasanya memang tiap kali cuti sekolah pendek jumlah order akan berkurang dan selepas habis musim cuti sekolah baru order kembali normal.

Bila order berkurang, saya akan ada masa terluang sedikit dan masa tersebut saya isi dengan tengok gambar-gambar lama order yang pernah saya buat.

Petang tadi masa tengok segala gambar, saya tertengok pada gambar di bawah :


Gambar ni lain dari yang lain kerana biasanya saya hanya ambil gambar polaroid pelanggan saja. Tapi gambar ni sekali dengan frame sebab frame ini pun pelanggan yang order dan minta kami hiaskan.

Kami tak pernah jualkan gambar bersama frame tapi bila ada yang minta, kami cuba juga buatkan juga. Jadi kalau ada yang request nak sekali dengan frame, kami boleh buatkan untuk anda.

You Might Also Like

2 ulasan

  1. lebih cantik dan kreatif...

    sebab ia adalah satu seni yang apabila melihatnya hati akan jadi tenang dan senang

    BalasPadam