Feedback Pelanggan Yang Ke 58 - 66

Mac 30, 2018

Salam dan hai. Sudah 5 bulan saya tidak update mengenai maklum balas pelanggan. Maklum balas sentiasa ada cuma saya kumpul terlebih dahulu. Jadi sepanjang 5 bulan ni, hanya 9 maklum balas yang berjaya dikumpul.

Angka ni sebenarnya sangat sedikit berbanding 16 maklum balas yang berjaya dikumpul selama 5  bulan pada tahun lepas. Tapi ini tak bermakna jualan saya berkurang. Jualan gambar polaroid dan gambar instax saya mendatar dan menaik sepanjang tahun 2018 dan sebab utama kurangnya maklum balas adalah kerana saya sendiri tidak meminta daripada pelanggan.



Pada bulan Mac ni juga saya telah menaik taraf printer baru. Info lanjut mengenai printer tu nanti saya tulis pada post akan datang. Dengan adanya printer baru, kualiti warna pada gambar telah bertambah dengan baik dan sekaligus menghasilkan gambar polaroid yang lebih berkualiti tinggi berbanding yang sebelum ini.

Harapnya bila kualiti bertambah baik, maka lebih ramai pelanggan yang bermurah hati untuk memberi maklum balas mengenai kedai print gambar polaroid saya ini.

Pada tahun ni saya masih lagi sibuk untuk dapatkan jualan sebanyak mungkin. Walaupun agak sibuk kerana terpaksa melayan anak yang baru berusia 3 bulan, fokus saya sentiasa untuk mengadakan promosi dan dapatkan jualan daripada pelanggan baru dan pelanggan lama.

Bercakap pasal promosi ni, yang sedia ada masih lagi berjalan sehingga 07 April 2018. Kalau nak tengok promosi apa yang saya cakapkan, boleh rujuk pada link di sebelah ni > Promosi Bulan Mac 2018 <

Rasanya setakat ini sahaja buat masa sekarang, siapa yang  berminat nak print gambar boleh hubungi saya di whatsapp : 0193031478 atau emel : detikpolaroid@gmail.com.

p/s : Seperti biasa album maklum balas pelanggan sudah dikemaskini, kalau nak tengok segala maklum balas yang terkumpul boleh lihat di sini > Album Maklum Balas Pelanggan <

You Might Also Like

0 ulasan