Harga Postage Gambar Polaroid Ke Seluruh Malaysia

Julai 05, 2017

Hampir setiap hari saya dapat pertanyaan Harga Postage Gambar Polaroid Ke Seluruh Malaysia daripada pelanggan baru. Pelanggan lama kebanyakannya sudah tahu dan mereka awal-awal lagi sudah buat pembayaran termasuk kos pos.

Biasanya untuk jawab soalan mereka berkaitan harga pos ini, saya akan tanya dulu pakej apa dan berapa jumlah gambar yang mereka nak order.



Ini kerana setiap pakej tu berlainan saiz, berat dan ketebalan jadi sebagai contoh, 60gambar Pakej A  tidak sama saiz, berat dan ketebalan dengan 60 gambar Pakej B, C, atau D. Semuanya berbeza dan sebab itu saya perlu tahu terlebih dahulu pakej dan kuantiti gambar yang pelanggan nak tempah.

Untuk ringkaskan info pasal harga pos ini, anda boleh rujuk maklumat di bawah. Saya sudah senaraikan kuantiti bagi setiap gambar mengikut pakej :

Pos Ekspres ( RM 6 ) Termasuk Sabah dan Sarawak

Pakej A : Maksimum hanya 80 gambar tidak campur dengan pakej lain

Pakej B : Maksimum hanya 50 gambar tidak campur dengan pakej lain

Pakej C : Maksimum hanya 30 gambar tidak campur dengan pakej lain

Pakej D : Maksimum hanya 30 gambar tidak campur dengan pakej lain


Pos Laju ( RM 8 Semenanjung ) ( RM 10 Sabah Sarawak )

- Tiada jumlah maksimum. Jika order 70 gambar pakej A dan 30 gambar pakej B dalam satu alamat, saya akan gunakan pos laju sebab tak muat sampul pos ekspress bagi kuantiti campur pakej macam ni.

- Boleh order lebih 300 gambar dan harga pos masih sama atau mungkin saya bagi percuma pos :)


Semoga apa yang saya kongsikan disini menjawab segala pertanyaan pelanggan baru mengenai harga pos dan jumlah gambar yang anda ingin tempah.

You Might Also Like

0 ulasan