Selain menyediakan khidmat servis print gambar polaroid, kami juga ada menjual Fujifilm Instax Film Twinpack yang mana didalamnya mengandungi 20 keping filem. Asalnya memang hanya nak buat servis print gambar je tapi memandangkan masa tu kami ambil banyak stok film, jadi boleh juga jual bagi yang bertanya untuk membeli. Bercakap pasal filem ni, semalam ada buat cash on delivery dekat Setia City Mall...
Salam. Minggu ni tempahan order agak berkurang sedikit. Biasanya memang tiap kali cuti sekolah pendek jumlah order akan berkurang dan selepas habis musim cuti sekolah baru order kembali normal. Bila order berkurang, saya akan ada masa terluang sedikit dan masa tersebut saya isi dengan tengok gambar-gambar lama order yang pernah saya buat. Petang tadi masa tengok segala gambar, saya tertengok pada gambar di...
Pakej A merupakan pakej gambar yang paling kecil kami sediakan. Dengan saiz lebih kurang 6.5cm X 4.5cm, saiz pakej A sedikit kecil berbanding Pakej B. Untuk mencuci gambar pakej A, kami cadangkan gambar selfie seorang diri atau 2 orang dalam satu gambar kerana saiznya yang kecil. Jika gambar tersebut terlalu ramai orang, kami cadangkan agar untuk cuci menggunakan pakej B atau pakej C...
Pakej B merupakan pakej yang saiznya tidak terlalu besar seperti pakej C dan tidak terlalu kecil seperti pakej A. Pakej B sangat sesuai untuk gambar yang lebih dari seorang. Kebanyakan pelanggan kami yang order Pakej B bertujuan untuk diberikan kepada kawan-kawan dan juga digunakan sebagai hiasan didalam bilik dan album gambar. Gambar selfie sama ada berseorangan atau ramai-ramai juga sesuai untuk pakej B....
Pakej C merupakan pakej gambar yang paling besar kami sediakan buat masa sekarang. Dengan saiz lebih kurang 13.5cm X 8.5cm, saiz pakej C sedikit kecil berbanding saiz 4R ( 15cm X 10 cm). Untuk mencuci gambar pakej C, saiz dan kualiti gambar hendaklah besar dan cantik supaya apabila dicuci nanti kelihatan sharp. Pakej C sesuai jika terdapat ramai orang didalam satu gambar. Ini...
Pakej D menggunakan original Fujifilm Instax Film dan tidak menggunakan glossy paper. Gambar yang dihasilkan tahan lebih lama jika tersimpan rapi didalam album dan sangat sesuai untuk dijadikan hiasan serta hadiah kepada suatu kenangan manis seperti hiasan di majlis pertunangan, majlis sambutan hari lahir, gambar kahwin, serta bermacam situasi lagi. Bagi pakej D, kami menyediakan harga yang sangat berbaloi berbanding servis cuci gambar...
Pakej kalendar 2017 sangat menarik untuk dijadikan sebagai hiasan di tempat kerja atau di meja belajar. Anda boleh letakkan gambar orang yang disayangi mengikut bulan kelahiran mereka sebagai mengingati hari jadi mereka dan juga boleh meletakkan gambar kenangan manis yang berlaku pada bulan tersebut. Gambar yang sesuai untuk digunakan adalah berbentuk rectangle dengan ratio 4:3. Kami juga menerima gambar berbentuk square dengan ratio...